Tuesday, January 19, 2010

Email Dari Seorang Rakan

Email ini seperti asal, saya tidak menokok tambah apa-apa pun.

For friday Takzirah!
> Assalamualaikum wabarakatuh wamaghfiratuh
> (I choose to write in Malay because most of us
understand malay better
-- please translate to your non-malay speaking neighbour
if you what I
write is of benefit to MUSLIM.

> Kepada rakan2 muslim berikut adalah pandangan saya:

Apa pun tindakan kita pada hari ini iaitu demonstrasi agar
tidak di
gunakan nama Allah didalam gereja adalah kerana takut
generasi masa akan
datang rosak aqidahnya. YB Khalid Samad dan para ulama
yang lain
mempunyai pelbagai sebab untuk memberi pandangan masing2:

1) Allah itu adalah Tuhan untuk semua manusia oleh itu
boleh digunakan dan
ada yang mengatakan bila mereka menggunakan nama ALLAH
maka mereka juga
sudah mendekati kita
2) Kepada yang tidak bersetuju Nama ALLAH diguna pakai
didalam gereja
(dalam penulisan majalah HErald) adalah kerana risau akan
kejahilan
generasi muda akan agama Islam akan menyebabkan mereka
terpesong
aqidahnya.

Kedua-dua ini ada hujahnya namun kita perlu ingat bahawa
perkara ini
sangat sedikit bezanya iaitu (BERWASPADA DGN AGENDA
TERSEMBUNYI MEREKA
dengan MENERIMA BAHAWA ALLAH ITU ADALAH TUHAN UNTUK
SEMUA). Kita perlu
ingat maksud Firman ALLAH : TIdak akan redha Yahudi dan
Nasrani (Kristian)
terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.

Namun begitu pada pandangan saya apa jua tindakan REAKTIF
kita terhadap
isu seperti demonstrasi etc tidak akan bermenafaat jangka
panjang. Ketika
Siti Aisyah Bukhari , Lina Joy murtad, itu semua berlaku
ketika mereka
belum menggunakan nama ALLAH dalam gereja / magazine.
Kemurtadan
terpesongnya AQIDAH tetap berlaku. Punca utama ketakutan
kita adalah
kerana KEJAHILAN GENERASI MUDA. Yang sebenarnya bukan
generasi muda
sahaja yang jahil malah kebanyakan ibubapa mereka juga
JAHIL akan AGAMANYA
ie TAUHID.

Oleh itu ketakutan kita atas penggunaan nama ALLAH ini
adalah kerana
KEJAHILAN UMAT MELAYU akan AGAMA ISLAM itu sendiri.
Sepatutnya kita perlu
ambil tindakan PRO-AKTIF iaitu MENDIDIK UMAT SECARA
BERTERUSAN (ie
BERDAKWAH). Jika ini yang kita buat bukan sekadar kita
selamat dari
KESESATAN AQIDAH bahkan INSYA-ALLAH MEREKA JUGA AKAN MASUK
AGAMA ISLAM.

Kita takut akan dakyah mereka kerana kita lemah dalam
dakwah kita.
Sebenarnya bukan mereka yang KUAT BERDAKYAH tapi KITA YANG
LEMAH
BERDAKWAH. Ceramah di masjid tak cukup ke??? .. mereka2
yg dah ke masjid
Alhamdulillah petanda mereka ingin berubah memahami agama.
Tapi 80-90%
lagi yang di luar itu perlu kita rapati. Sekurang2nya
student dalam kelas
kita perlu kita fahamkan. Sy pernah berhadapan dgn
student yg bertanya
kepada saya SYIAH itu apa (ikut suami ke pusat Tarbiah
SYIAH di Seri
Gombak) sedangkan orang syiah itu sudah menjadi suaminya
dan student itu
pregnant 6 bulan. Ini menunjukkan pelajar dan ayah
pelajar tidak memahami
kedudukan SYIAH dalam aqidah Islam.

TAUHID ini adalah tunggak kekuatan UMAT ISLAM. Nanti bila
bekerja dgn
syarikat yg tidak membenarkan solat didalam waktu bekerja
..bertembung
antara memilih KERJA dan ALLAH. (SYIRIK - AQIDAH yg
ROSAK). Suami/isteri
yg tidak solat .. kerana isu salah seorang tidak solat
boleh bercerai
(pertembungan memilih ISTERI/SUAMI dgn ALLAH).. I may
sound extreme.. but
it happens in our society..

-Orang Islam (Islam kerana tidak tolak perintah solat)
tapi tak solat
-Orang Islam dan beriman :solat tapi tak cukup waktu, ada
yang tertinggal.
-Orang berIMAN dan berTAQWA cukup 5 waktu solatnya dan
menjaga solatnya
(lihat surah Al-Mukminun)
Saudara/saudari se AGAMA ku..

Sejauh mana kita menghargai AGAMA ISLAM dan IMAN yg kita
INHERIT (WARISI)
dari ibu dan ayah kita ini??? Kita lihat org2 yg convert
lebih memegang
AGAMA ISLAM dan berdakwah lebih kuat dari kita yg lahir2
ISLAM kerana
mereka menghargai NIKMAT HIDAYAH DARI ALLAH ini.

Kita boleh belajar sehingga Degree tertinggi tetapi bila
dgn ilmu agama
kita apa yang kita belajar semasa darjah 5 dan 6 dulu
tentang TAUHID,
SOLAT etc nak kita bawa kefahaman masa budak2 tu hingga
mati. Tak pernah
nak review FARDHU AIN ini..

Lastly hayatilah Hadis Qudsi ini yang sy petik dari Kitab
Imam Al Ghazali:

Kata ALLAH: Barangsiapa yang tidak meningkatkan agamanya
maka dia adalah
orang yang kurang dan barangsiapa yang kurang, MATI itu
lebih baik baginya
(ie useless person - the present is not felt).

Barangsiapa yg merendahkan diri kepada orang kaya kerana
KEKAYAANNYA maka
tercabutlah 2/3 dari AGAMANYA. ..

RENUNG-RENUNGKAN

segala yang baik dari ALLAH dan silap dan salah adalah
kelemahan saya
sendiri muga ALLAH mengampuni.

WAllahualam.