Thursday, April 1, 2010

Ukuran Untuk Berjaya...

Salam,

Setelah sekian lamanya, sekarang baru dapat 'mood' untuk menulis. bertepatan dengan tajuk blog ni. Keadaan kita di dunia ni dah makin teruk. Ramai orang sakit.

Kenapa ramai orang sakit? sebab tengok je la surat khabar atau berita, tiap-tiap hari 'macam-macam ada' especially untuk siapa yang suka baca 'harian metro' atau akhbar jenis tabloid yang lain.

Ahli politik macam biasa laa.. tak habis-habis dengan kutuk orang tu, kondem orang ni... 'tak kuasa den nak layan...'

ok, berkitan dengan tajuk hari ni, tiba-tiba saya teringat 'conversation' saya dengan seorang pemandu teksi. Untuk pengetahuan, zaman masa saya belajar di shah alam dulu selalu naik teksi, rumah kat sentul, sambil belajar sambil kerja, jadi banyaklah pengalaman naik teksi.

kalau perjalanan jauh, lama la masa borak, saya suka borak ngan pemandu teksi ni. Diorang dah jumpa macam-macam orang. topik borak pun boleh tahan, dari hal dunia sampai akhirat, tapi ada jugak yang merepek.

Walhasil, pada satu hari, ada la satu driver teksi ni tanya kat saya, 'adik tau tak apa ukuran untuk berjaya?', saya pun terpinga-pinga jugak nak jawab. Belum sempat nak jawab soalan pertama, die keluarkan lagi satu soalan 'Ada tak garis pengukur untuk berjaya?'

Saya agak terpinga-pinga pada masa tu, disebabkan taknak tunjuk pandai, saya pun tanya la balik, 'Saya tak tau la bang, apa dia?'

Dengan selamber die jawab 'Mana ada pembaris nak ukur kejayaan seseorang, yang ada hanyalah persepsi manusia. Selalu orang kata, Ahmad tu seorang doktor, die dah berjaya, si Ah Meng ada rumah besar, dh berjaya dah die atau Ramli ada bilik sendiri kat office die, mesti die dah berjaya, betul tak?'

Saya jawab selalunya begitulah... tapi apa maksud yang nak disampaikan?

die sambung, 'sebenarnya berjaya atau tidak tu bergantung pada diri sendiri, saya bawak teksi, dah dekat 30 tahun, tapi anak-anak saya semua masuk universiti, pada saya, SAYA TELAH BERJAYA. Jadi kejayaan seseorang terletak pada diri mereka sendiri. betul tak?'

Itu kata si pemandu teksi tu, tapi saya tahu, masih ramai yang meletak tahap kejayaan seseorang itu pada materi. Maksudnya, sejauh mana seseorang itu telah menikmati keindahan dan kemewahan dunia.

Pada saya, kita perlu balik kepada blog saya yang terdahulu yang bertajuk Qanaah. iaitu merasa cukup dengan apa yang kita ada. Pemandu teksi tadi tu dah merasa cukup dengan apa yang beliau dapat melalui hasil memandu teksi dan beliau berjaya melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang dapat 'contribute' balik pada negara.

Itu pendapat beliau, tepuk dada tanya selera.