Thursday, September 23, 2010

Motivasi - Dari Seorang yang bukan Muslim (Terjemahan)

Seringkali orang berperangai tidak masuk akal, tidak logik dan egois;
Maafkan saja mereka,

Jika anda baik, orang mungkin menuduh anda egois, mempunyai motif tersembunyi;
Bersikap baik saja pada mereka,

Jika anda berjaya, anda akan mendapat beberapa teman palsu dan beberapa musuh sejati;
Teruskan kejayaan anda,

Jika anda jujur dan terbuka, ramai orang mungkin menipu anda;
Teruskan sikap jujur dan terbuka anda,

Apa yang anda usahakan bertahun-tahun, ada yang boleh menghancurkannya semalaman;
teruskan membina,

Jika anda tenang dan bahagia, mungkin ada yang cemburu;
Terus berbahagia,

Jika kebaikan yang anda lakukan hari ini, dilupakan orang esok;
Lakukan yang terbaik,

Jika anda berikan dunia semua yang terbaik yang anda miliki, ia tidak akan cukup;
Tetaplah dengan berikan yang terbaik,

Akhir sekali, semua perkara yang anda lakukan adalah antara anda dengan Tuhan;
Bukan dengan mereka.

Wallahua'lam

Wednesday, September 15, 2010

Raya & Silaturrahim

Allah Maha Besar,

Sekejap je dah masuk syawal, baru sangat rasanya dalam madrasah ramadhan.. rasanya masih tak sempat untuk menikmati bulan yang penuh barakah itu..

Allah maha pengasih dan penyayang, ana hanya dapat berdoa agar dipertemukan dengan ramadhan yang akan datang..

Baru baca blog sahabat dan guru ana tadi dan memahami pengertian disebalik kembali nyer kita pada fitrah.

Terus terang ana dah lama tidak merasa hangatnya raya/menjelang raya sejak pemergian ayahanda tercinta 15 tahun yang lepas. Kebiasaannya bila raya apa yang penting ialah menziarahi pusara beliau dan itulah sahaja aktiviti raya yang dinanti oleh semua ahli keluarga.

Ana amat berharap selepas berkahwin nanti, (yang tinggal 5 bulan saja lagi), ana dapat merasa kembali ataupun akan mencuba untuk menceriakan/menghangatkan sambutan raya untuk keluarga ana..

Apa yang selalunya menggembirakan hati pada musim perayaan ni ialah menziarahi sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim..

Barangsiapa yg suka diluaskan rizeki dan dipanjangkan umur maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim[Hadits Riwayat Bukhari 7/72, Muslim 2557, Abu Dawud 1693]


Begitu besarnya faedah yang boleh kita dapat dengan hanya menyambung tali silaturrahim. Dan lagi besar faedahnya kalau menyambung silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskannya. Maksudnya, kalau tali itu dah longgar, diketatkan/dirapatkan supaya semua mendapat faedah dan ganjaran besar dari Allah.

Tapi, oleh kerana sibuknya kita mengejar dunia dan begitu banyaknya dugaan, hasutan syaitan, dan bermacam-macam lagi, kita terkadang terlupa bahawa kita telah memutuskan tali silaturrahim tersebut.

Oleh itu kita harus tahu tanggungjawab kita dan memelihara silaturrahim ini. Antara tanggungjawab kita sebagai seorang muslim:-

Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

InsyaAllah, Kalau kita dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut, hubungan sesama kita semakin erat dan mendapat ganjaran pahala dan rezeki dari Allah..

Al'afu minkum..