Apa nak tulis ek, ada 'orang' kata share apa saja yang kita baca.. so saya rasa saya akan share apa yang saya belajar dalam kelas pengajian kitab saya.
Semalam kat dlm kelas saya belajar pasal sifat Qanaah...
Dikatakan bahawa barang siapa ada sifat ni, beliau adalah orang yang kaya...
Apa tu Qanaah?? (ini terjemahan saya sendiri, jadi kalau ada silap tu sila tegur dan betulkan) Qanaah tu adalah sifat yang seseorang itu merasa cukup dengan apa yang dia ada/terima dari Allah dan tidak meminta yang lebih dan tidak pula mahukan apa yang dia tidak ada... mcm tu la lebih kurang.
Diceritakan juga, walaupun seseorang itu miskin tetapi jika beliau mempunyai sifat Qanaah atau berkawan dengan Qanaah maka beliau tidak nampak miskin. Hatinya cukup dengan apa yang diberikan oleh Allah dan tidak meminta apa yang dia tidak ada.
Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi ukuran kekayaan/kesenangan seseorang itu tidak semestinya dengan hartanya.
"Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). - Surah Al-Baqarah, ayat 212."
Ini adalah sedikit sebanyak yang boleh di'sharekan'. Kalau ada silap dan salah sila la tegur.. Saya budak baru belajar.
Nak tau lebih lanjut, Tanyala ustaz-ustaz anda.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment