Thursday, September 23, 2010

Motivasi - Dari Seorang yang bukan Muslim (Terjemahan)

Seringkali orang berperangai tidak masuk akal, tidak logik dan egois;
Maafkan saja mereka,

Jika anda baik, orang mungkin menuduh anda egois, mempunyai motif tersembunyi;
Bersikap baik saja pada mereka,

Jika anda berjaya, anda akan mendapat beberapa teman palsu dan beberapa musuh sejati;
Teruskan kejayaan anda,

Jika anda jujur dan terbuka, ramai orang mungkin menipu anda;
Teruskan sikap jujur dan terbuka anda,

Apa yang anda usahakan bertahun-tahun, ada yang boleh menghancurkannya semalaman;
teruskan membina,

Jika anda tenang dan bahagia, mungkin ada yang cemburu;
Terus berbahagia,

Jika kebaikan yang anda lakukan hari ini, dilupakan orang esok;
Lakukan yang terbaik,

Jika anda berikan dunia semua yang terbaik yang anda miliki, ia tidak akan cukup;
Tetaplah dengan berikan yang terbaik,

Akhir sekali, semua perkara yang anda lakukan adalah antara anda dengan Tuhan;
Bukan dengan mereka.

Wallahua'lam

Wednesday, September 15, 2010

Raya & Silaturrahim

Allah Maha Besar,

Sekejap je dah masuk syawal, baru sangat rasanya dalam madrasah ramadhan.. rasanya masih tak sempat untuk menikmati bulan yang penuh barakah itu..

Allah maha pengasih dan penyayang, ana hanya dapat berdoa agar dipertemukan dengan ramadhan yang akan datang..

Baru baca blog sahabat dan guru ana tadi dan memahami pengertian disebalik kembali nyer kita pada fitrah.

Terus terang ana dah lama tidak merasa hangatnya raya/menjelang raya sejak pemergian ayahanda tercinta 15 tahun yang lepas. Kebiasaannya bila raya apa yang penting ialah menziarahi pusara beliau dan itulah sahaja aktiviti raya yang dinanti oleh semua ahli keluarga.

Ana amat berharap selepas berkahwin nanti, (yang tinggal 5 bulan saja lagi), ana dapat merasa kembali ataupun akan mencuba untuk menceriakan/menghangatkan sambutan raya untuk keluarga ana..

Apa yang selalunya menggembirakan hati pada musim perayaan ni ialah menziarahi sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim..

Barangsiapa yg suka diluaskan rizeki dan dipanjangkan umur maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim[Hadits Riwayat Bukhari 7/72, Muslim 2557, Abu Dawud 1693]


Begitu besarnya faedah yang boleh kita dapat dengan hanya menyambung tali silaturrahim. Dan lagi besar faedahnya kalau menyambung silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskannya. Maksudnya, kalau tali itu dah longgar, diketatkan/dirapatkan supaya semua mendapat faedah dan ganjaran besar dari Allah.

Tapi, oleh kerana sibuknya kita mengejar dunia dan begitu banyaknya dugaan, hasutan syaitan, dan bermacam-macam lagi, kita terkadang terlupa bahawa kita telah memutuskan tali silaturrahim tersebut.

Oleh itu kita harus tahu tanggungjawab kita dan memelihara silaturrahim ini. Antara tanggungjawab kita sebagai seorang muslim:-

Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

InsyaAllah, Kalau kita dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut, hubungan sesama kita semakin erat dan mendapat ganjaran pahala dan rezeki dari Allah..

Al'afu minkum..

Thursday, April 1, 2010

Ukuran Untuk Berjaya...

Salam,

Setelah sekian lamanya, sekarang baru dapat 'mood' untuk menulis. bertepatan dengan tajuk blog ni. Keadaan kita di dunia ni dah makin teruk. Ramai orang sakit.

Kenapa ramai orang sakit? sebab tengok je la surat khabar atau berita, tiap-tiap hari 'macam-macam ada' especially untuk siapa yang suka baca 'harian metro' atau akhbar jenis tabloid yang lain.

Ahli politik macam biasa laa.. tak habis-habis dengan kutuk orang tu, kondem orang ni... 'tak kuasa den nak layan...'

ok, berkitan dengan tajuk hari ni, tiba-tiba saya teringat 'conversation' saya dengan seorang pemandu teksi. Untuk pengetahuan, zaman masa saya belajar di shah alam dulu selalu naik teksi, rumah kat sentul, sambil belajar sambil kerja, jadi banyaklah pengalaman naik teksi.

kalau perjalanan jauh, lama la masa borak, saya suka borak ngan pemandu teksi ni. Diorang dah jumpa macam-macam orang. topik borak pun boleh tahan, dari hal dunia sampai akhirat, tapi ada jugak yang merepek.

Walhasil, pada satu hari, ada la satu driver teksi ni tanya kat saya, 'adik tau tak apa ukuran untuk berjaya?', saya pun terpinga-pinga jugak nak jawab. Belum sempat nak jawab soalan pertama, die keluarkan lagi satu soalan 'Ada tak garis pengukur untuk berjaya?'

Saya agak terpinga-pinga pada masa tu, disebabkan taknak tunjuk pandai, saya pun tanya la balik, 'Saya tak tau la bang, apa dia?'

Dengan selamber die jawab 'Mana ada pembaris nak ukur kejayaan seseorang, yang ada hanyalah persepsi manusia. Selalu orang kata, Ahmad tu seorang doktor, die dah berjaya, si Ah Meng ada rumah besar, dh berjaya dah die atau Ramli ada bilik sendiri kat office die, mesti die dah berjaya, betul tak?'

Saya jawab selalunya begitulah... tapi apa maksud yang nak disampaikan?

die sambung, 'sebenarnya berjaya atau tidak tu bergantung pada diri sendiri, saya bawak teksi, dah dekat 30 tahun, tapi anak-anak saya semua masuk universiti, pada saya, SAYA TELAH BERJAYA. Jadi kejayaan seseorang terletak pada diri mereka sendiri. betul tak?'

Itu kata si pemandu teksi tu, tapi saya tahu, masih ramai yang meletak tahap kejayaan seseorang itu pada materi. Maksudnya, sejauh mana seseorang itu telah menikmati keindahan dan kemewahan dunia.

Pada saya, kita perlu balik kepada blog saya yang terdahulu yang bertajuk Qanaah. iaitu merasa cukup dengan apa yang kita ada. Pemandu teksi tadi tu dah merasa cukup dengan apa yang beliau dapat melalui hasil memandu teksi dan beliau berjaya melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang dapat 'contribute' balik pada negara.

Itu pendapat beliau, tepuk dada tanya selera.

Tuesday, January 19, 2010

Email Dari Seorang Rakan

Email ini seperti asal, saya tidak menokok tambah apa-apa pun.

For friday Takzirah!
> Assalamualaikum wabarakatuh wamaghfiratuh
> (I choose to write in Malay because most of us
understand malay better
-- please translate to your non-malay speaking neighbour
if you what I
write is of benefit to MUSLIM.

> Kepada rakan2 muslim berikut adalah pandangan saya:

Apa pun tindakan kita pada hari ini iaitu demonstrasi agar
tidak di
gunakan nama Allah didalam gereja adalah kerana takut
generasi masa akan
datang rosak aqidahnya. YB Khalid Samad dan para ulama
yang lain
mempunyai pelbagai sebab untuk memberi pandangan masing2:

1) Allah itu adalah Tuhan untuk semua manusia oleh itu
boleh digunakan dan
ada yang mengatakan bila mereka menggunakan nama ALLAH
maka mereka juga
sudah mendekati kita
2) Kepada yang tidak bersetuju Nama ALLAH diguna pakai
didalam gereja
(dalam penulisan majalah HErald) adalah kerana risau akan
kejahilan
generasi muda akan agama Islam akan menyebabkan mereka
terpesong
aqidahnya.

Kedua-dua ini ada hujahnya namun kita perlu ingat bahawa
perkara ini
sangat sedikit bezanya iaitu (BERWASPADA DGN AGENDA
TERSEMBUNYI MEREKA
dengan MENERIMA BAHAWA ALLAH ITU ADALAH TUHAN UNTUK
SEMUA). Kita perlu
ingat maksud Firman ALLAH : TIdak akan redha Yahudi dan
Nasrani (Kristian)
terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.

Namun begitu pada pandangan saya apa jua tindakan REAKTIF
kita terhadap
isu seperti demonstrasi etc tidak akan bermenafaat jangka
panjang. Ketika
Siti Aisyah Bukhari , Lina Joy murtad, itu semua berlaku
ketika mereka
belum menggunakan nama ALLAH dalam gereja / magazine.
Kemurtadan
terpesongnya AQIDAH tetap berlaku. Punca utama ketakutan
kita adalah
kerana KEJAHILAN GENERASI MUDA. Yang sebenarnya bukan
generasi muda
sahaja yang jahil malah kebanyakan ibubapa mereka juga
JAHIL akan AGAMANYA
ie TAUHID.

Oleh itu ketakutan kita atas penggunaan nama ALLAH ini
adalah kerana
KEJAHILAN UMAT MELAYU akan AGAMA ISLAM itu sendiri.
Sepatutnya kita perlu
ambil tindakan PRO-AKTIF iaitu MENDIDIK UMAT SECARA
BERTERUSAN (ie
BERDAKWAH). Jika ini yang kita buat bukan sekadar kita
selamat dari
KESESATAN AQIDAH bahkan INSYA-ALLAH MEREKA JUGA AKAN MASUK
AGAMA ISLAM.

Kita takut akan dakyah mereka kerana kita lemah dalam
dakwah kita.
Sebenarnya bukan mereka yang KUAT BERDAKYAH tapi KITA YANG
LEMAH
BERDAKWAH. Ceramah di masjid tak cukup ke??? .. mereka2
yg dah ke masjid
Alhamdulillah petanda mereka ingin berubah memahami agama.
Tapi 80-90%
lagi yang di luar itu perlu kita rapati. Sekurang2nya
student dalam kelas
kita perlu kita fahamkan. Sy pernah berhadapan dgn
student yg bertanya
kepada saya SYIAH itu apa (ikut suami ke pusat Tarbiah
SYIAH di Seri
Gombak) sedangkan orang syiah itu sudah menjadi suaminya
dan student itu
pregnant 6 bulan. Ini menunjukkan pelajar dan ayah
pelajar tidak memahami
kedudukan SYIAH dalam aqidah Islam.

TAUHID ini adalah tunggak kekuatan UMAT ISLAM. Nanti bila
bekerja dgn
syarikat yg tidak membenarkan solat didalam waktu bekerja
..bertembung
antara memilih KERJA dan ALLAH. (SYIRIK - AQIDAH yg
ROSAK). Suami/isteri
yg tidak solat .. kerana isu salah seorang tidak solat
boleh bercerai
(pertembungan memilih ISTERI/SUAMI dgn ALLAH).. I may
sound extreme.. but
it happens in our society..

-Orang Islam (Islam kerana tidak tolak perintah solat)
tapi tak solat
-Orang Islam dan beriman :solat tapi tak cukup waktu, ada
yang tertinggal.
-Orang berIMAN dan berTAQWA cukup 5 waktu solatnya dan
menjaga solatnya
(lihat surah Al-Mukminun)
Saudara/saudari se AGAMA ku..

Sejauh mana kita menghargai AGAMA ISLAM dan IMAN yg kita
INHERIT (WARISI)
dari ibu dan ayah kita ini??? Kita lihat org2 yg convert
lebih memegang
AGAMA ISLAM dan berdakwah lebih kuat dari kita yg lahir2
ISLAM kerana
mereka menghargai NIKMAT HIDAYAH DARI ALLAH ini.

Kita boleh belajar sehingga Degree tertinggi tetapi bila
dgn ilmu agama
kita apa yang kita belajar semasa darjah 5 dan 6 dulu
tentang TAUHID,
SOLAT etc nak kita bawa kefahaman masa budak2 tu hingga
mati. Tak pernah
nak review FARDHU AIN ini..

Lastly hayatilah Hadis Qudsi ini yang sy petik dari Kitab
Imam Al Ghazali:

Kata ALLAH: Barangsiapa yang tidak meningkatkan agamanya
maka dia adalah
orang yang kurang dan barangsiapa yang kurang, MATI itu
lebih baik baginya
(ie useless person - the present is not felt).

Barangsiapa yg merendahkan diri kepada orang kaya kerana
KEKAYAANNYA maka
tercabutlah 2/3 dari AGAMANYA. ..

RENUNG-RENUNGKAN

segala yang baik dari ALLAH dan silap dan salah adalah
kelemahan saya
sendiri muga ALLAH mengampuni.

WAllahualam.

Thursday, May 14, 2009

Duit




"Duit-duit di mana kau duit... Duit-duit hutangku membukit" itu lagu M.Nasir... tapi ari ni bukan nak cerita pasal lagu... nak cerita pasal duit..

Duit adalah 'alat' untuk sesuatu transaksi yang melibatkan jual beli atau penggunaan sesuatu khidmat/servis.

Duit juga mengawal banyak benda dalam kehidupan harian kita, contohnya:-

kalau takde duit takleh beli makanan, takleh beli makanan kita lapar, kalau lapar tak bermaya nak buat kerja, kalau takleh buat kerja takde gaji kalau takde gaji takde duit...

inilah yang difikirkan oleh hampir semua orang (pada pandangan saya, maaf kalau salah).
Ramai yang akan bertanya, adakah duit pada saya tak penting? jawapan saya adalah, duit itu penting tapi kita takleh jadi hamba pada duit tu...

duit = dunia, orang yang kejar duit adalah orang yang kejar dunia...

Maksud ayat al-Quran: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia...” (Surah al-Qasas: 77)

bagi saya ayat diatas kata bukanlah salah kalau kita berduit, tapi bagaimana kita menggunakan duit itu adalahh lebih penting.

itu sahaj buat kali ini.. ini adalah pandangan saya semata-mata. Duit bukanlah segalanya tapi kalau takde duit pun susah juga... jadi jangan berkita-kira sangat apabila kita hendak membuat satu kebaikan, InsyaAllah, Allah jugak tak akan berkira-kira dengan limpah kurniaNya terhadap kita.

Tuesday, April 21, 2009

Akhlak..



Something that i got here..

"Nabi s.a.w.bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)

Akhlak ataupun budipekerti memegang peranan penting dalam kehidupan manusia. Akhlak yang baik akan membedakan antara manusia dengan hewan. Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian jiwanya, dapat mengalahkan tekanan hawa nafsu syahwat syaitoniah, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan. Menghindarkan diri dari sifat-sifat kecurangan, kerakusan dan kezaliman. Manusia yang berakhlak mulia, suka tolong menolong sesama insan dan makhluk lainnya. Mereka senang berkorban untuk kepentingan ersama.Yang kecil
hormat kepada yang tua,yang tua kasih kepada yang kecil.Manusia yang memiliki budi pekerti yang mulia, senang kepada kebenaran dan keadilan, toleransi, mematuhi janji, lapang dada dan tenang dalam menghadapi segala halangan dan rintangan."


Adakah kita ini berakhlak mulia? Apakah budipekerti kita?

Yang paling susah sekali, bagaimanakah kita nak berakhlak mulia dengan orang yang membenci kita? tapi contoh dah ada...

Nabi Muhammad SAW tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan. Kalau orang benci kita mestilah bersebab, jadi kita tidak harus membalas kebencian dengan kebencian.

Akhlak umat terdahulu amat berbeza dengan sekarang. Tapi saya rasa ia masih relevan dan masih patut dicontohi. Apa apa pun buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali..

Wasalam...

"Bukan Cinta Biasa"

Favourite song of the month..

enjoy...

Thursday, April 9, 2009

Kategori Blogger..

Petikan tulisan seorang Ustaz yang boleh tahan popular..

"Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri"

saya amik ni kat sini...

hmmm... kat mana saya ni ek? ada jugak tulis tentang diri sendiri.. bodoh boleh belajar kan?? heheheh

tapi kalau ornag yang baca ni die perasan la kot yang dah ada skit perubahan tulisan saya dalam blog ni...

'sentiasa berubah untuk kebaikan'...

Wasalam..

Wednesday, April 8, 2009

Mencari Yang Halal Itu Fardu


hmm... Ayat kat atas tu dah cukup terang untuk kita berhati-hati dalam memilih makanan... Apa yang kita makan akan reflect kat penampilan/perangai kita...

Frust jugak bile dapat tau yang tempat favourite kite tu makanan die tak halal... especially kalau sedap... itu la dugaan die... bende yang tak elok/dosa itu memang 'sedap'...

apa tu halal? "In the Arabic language, the word 'halal' refers to anything that is permissible under Islam. - Wikipedia"

Halal tu lawannya Haram... yang halal amik yang haram tolak jauh-jauh... itu yang clear cut... kalau yang samar-samar macam kes kopitiam2 ni... disarankan untuk dijauhkan jugak...

sebab sekali kite makan bende yang tak halal/syubhah doa mereka tak diterima...

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” Kemudian beliau mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut serta berdebu, ia menadahkan kedua tangannya ke langit: Yaa Rabbi ! Yaa Rabbi ! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram, dan dibesarkan dari hal-hal yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do’anya”. (HR Muslim no. 1015).

Doa tu senjata mukmin..Kalau tak diterima macam mana...

Jadi...jauhkanlah makan yang haram atau yang not sure... especially sekarang ni kat Malaysia... banyak tempat makan yang tak sure halal haramnya... berhati-hatilah...

Semua bende yang kite buat di dunia ni kalau yang baik itu adalah ibadah...kalau ibadah kite tak diterima macam mana ek?

sekadar pendapat... maaf jika ada salah dan silap...

Tuesday, April 7, 2009

Cell phone vs. Quran

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat

our cell phone?

What if we carried it around in our purses or pockets?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to kids as gifts?

What if we used it when we traveled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go.....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!

Thursday, April 2, 2009

The Last Time

This is my theme song currently... InsyaAllah.. we are going to sing it hopefully... tgh buat minus one..

enjoy the song... dedicated to the 'one'..

you know who you are..

Qanaah

Apa nak tulis ek, ada 'orang' kata share apa saja yang kita baca.. so saya rasa saya akan share apa yang saya belajar dalam kelas pengajian kitab saya.

Semalam kat dlm kelas saya belajar pasal sifat Qanaah...

Dikatakan bahawa barang siapa ada sifat ni, beliau adalah orang yang kaya...

Apa tu Qanaah?? (ini terjemahan saya sendiri, jadi kalau ada silap tu sila tegur dan betulkan) Qanaah tu adalah sifat yang seseorang itu merasa cukup dengan apa yang dia ada/terima dari Allah dan tidak meminta yang lebih dan tidak pula mahukan apa yang dia tidak ada... mcm tu la lebih kurang.

Diceritakan juga, walaupun seseorang itu miskin tetapi jika beliau mempunyai sifat Qanaah atau berkawan dengan Qanaah maka beliau tidak nampak miskin. Hatinya cukup dengan apa yang diberikan oleh Allah dan tidak meminta apa yang dia tidak ada.

Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi ukuran kekayaan/kesenangan seseorang itu tidak semestinya dengan hartanya.

"Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). - Surah Al-Baqarah, ayat 212."

Ini adalah sedikit sebanyak yang boleh di'sharekan'. Kalau ada silap dan salah sila la tegur.. Saya budak baru belajar.

Nak tau lebih lanjut, Tanyala ustaz-ustaz anda.

Wassalam...

Thursday, January 22, 2009

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Wassalam

Monday, January 19, 2009

Januari

Sebab ni first time lepas 2 tahun aku tulis blog... i'm a man with a few word (kalau bab menulis la)... so lagu tema tahun ni ialah...



layankan la... ini berdasarkan kisah benar yang terjadi pada aku bulan ni...

tak tau la nak ckp sedih ke apa...

Karma

Tadi masa makan tgh hari kitorang cerita pasal karma in relationship... orang kata 'what you give you get back'... cerita ni start sebab ramai sangat yang breakup ni termasuk la yang empunya blog ni...

Mungkin ada benda yang aku buat yang boleh membuatkan aku ditinggalkan oleh girlfren aku yang dah 2 tahun kitorang pacaran...

so apa tu karma? ok la...benda ni datang dari agama hindu... tapi aku bukan hindu dan takde darah hindu pon... so cerita die macam yang aku cakap tadi la... dalam islam pun ada tulis yang mengatakan balasan tu kita boleh dapat sama ada di dunia ni maupun di akhirat nanti...

kalau dah dapat balasan di dunia...mungkin di akhirat nanti insyaAllah kurang azabnya..

so ini sahaja update buat masa ni... nanti kalau ada cerita aku sambung... sekarang ni aku kena accept single life and continue living...

Monday, April 16, 2007

VoiceMe Tone!!


guys, check this out!!

This is a new product by IdotTV... you can browse trhough www.voicemetone.com for more info...

There cool stuff from celebrities and others.

It's a must have!!